Monday, October 18, 2010

lets revive the sunnah!

salam 'aleykum!

:D

ok. just being random here. i want to start fasting on mondays & thursdays, in sya Allah. hope you people can join me along :D in sya Allah!

Apakah dalilnya disunatkan berpuasa hari Isnin dan Khamis?

Pertama;
diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a. menceritakan bahawa; “Adalah Rasulullah s.a.w.
amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis” (Riwayat Imam Tirmizi. Menurut
beliau, hadis ini hasan soheh).

Kedua; Abu Hurairah meriwayatkan bahawa
Rasulullah bersabda; “Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah pada hari
Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku (di hadapan Allah) pada
ketika aku berpuasa” (Riwayat Imam Tirmizi).

Ketiga; Abi Qatadah
menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa hari Isnin. Baginda
menjawab; “Itulah hari aku dilahirkan dan hari aku diutuskan (menjadi Nabi) atau
hari diturunkan wahyu kepadaku” (Hadis riwayat Imam Muslim).

http://fiqh-am.blogspot.com/2008/07/puasa-sunat-isnin-dan-khamis.html

No comments:

Post a Comment